Sempadan Jordan-Syria telah dibuka semula. foto Reuters

JABER – Sempadan antara Jordan dan Syria di Nassib dibuka secara rasmi kepada orang awam dan perdagangan selepas ditutup tiga tahun.

Laluan Nassib dibuka pada pukul 8 pagi (0500 GMT) tetapi setakat ini belum ada trafik.

Agensi berita Jordan, Petra melaporkan pada hari ini bahawa Jordan dan Syria bersetuju membuka sempadan itu kepada semua tetapi trafik normal tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan nanti.

“Kami sudah bersedia menerima penumpang dan pengangkutan barang.

“Kami menjangkakan trafik perlahan sekarang kerana ia baru dibuka tetapi menjangkakan pergerakan akan meningkat tidak lama lagi,” kata Ketua Lintasan Jaber, Imad Riyalat.

Penutupan laluan Nassib pada 2015 kritikal bagi laluan transit penting untuk beratus-ratus trak sehari yang mengangkut barangan antara Turki dan Teluk serta Lubnan dan Teluk, dalam perdagangan tahunan bernilai berbilion dolar.

Pembukaan sempadan itu juga penting bagi Lubnan, yang bergantung kepada Syria untuk sambungan ke darat kepada semua negara lain, selain Israel, tetapi tidak mempunyai ikatan. – MalaysiaGazette