Sultan Johor, Sultan Ibrahim menziarah Sultan Ahmad Shah di IJN baru-baru ini.

KUALA LUMPUR  – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menziarahi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Almarhum Sultan Abu Bakar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Menurut catatan dan gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda meluangkan masa selama hampir 45 minit bersama Sultan Ahmad Shah yang sedang menerima rawatan di situ.

Sultan Ibrahim turut mendoakan supaya Sultan Ahmad Shah terus diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh.- BERNAMA

Tinggalkan Jawapan