Ali Ikhwan merupakan usahawan yang berjaya kerana memiliki pelbagai rangkaian perniagaan.

KUALA LUMPUR – Syarikat Bumiputera, Olive Minds Sdn Bhd. (Olive Minds) menyasarkan pelaburan bernilai RM 6.1 juta bagi mengembangkan beberapa konsep perniagaan pada tahun 2019.

Pengarahnya, Ali Ikhwan Mohd. Noordin berkata, pelaburan itu melibatkan pembukaan 10 lagi cawangan kafe Rolls Ice Cream dam satu cawangan Butik Wardia di Shaftsbury Mall Putrajaya.

Beliau menyifatkan tahun 2019 bakal memberi banyak peluang perniagaan kepada syarikat kerana respons yang diterima ketika ini daripada pelabur berpotensi amat positif.

“Saya kini dalam proses bertemu dengan bakal pelabur-pelabur dan mereka memberi respon yang sangat positif untuk menyokong segala usaha syarikat.

224B0838
Ali Ikhawan akan membuka 10 lagi kafe Rolls Ice Cream pada tahun 2019.

“Apatah lagi, syarikat kami memiliki pelbagai perancangan dan rekod yang baik serta yakin dapat menarik minat ramai pelabur-pelabur daripada kalangan individu dan korporat.

“Mereka menyokong usaha membangunkan industri kecil dan sederhana terutama di kalangan usahawan Bumiputera dan kami sentiasa terbuka dengan mana-mana pihak yang ingin berkolabrasi Olive Minds,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Olive Minds turut memiliki perniagaan tudung di bawah jenama Sherry Scarves & Abam Brand yang sentiasa mendapat permintaan tinggi  terutamanya ketika musim perayaan.

Ali yang turut dikenal Sifu Ali kini merupakan usahawan muda yang berjaya kerana beliau banyak memberikan bimbingan kepada para usahawan dalam pelbagai industri.

224B0873
Cawangan baharu Butik Wardia akan dibuka di Putrajaya.

Pemegang Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) juga merupakan bendahari Dewan Usahawan Industri Desa Cawangan Kuala Lumpur.

Sejak tahun 2011, Ali aktif dalam perniagaan terutamanya dalam bidang pemasaran online, e-dagang, konsultansi model perniagaan, produksi pakaian, jenama-jenama butik dan memiliki perniagaan makanan dan minuman.

Dalam bidang pakaian, beliau mengimport pelbagai fabrik dari China yang dijadikan jubah, kemeja, blouse dan tudung untuk pelbagai jenama butik dengan menjalankan pengeluaran di kilang nya di Batu Caves.

Ali turut memilik jenama selebriti di bawah pengurusannya iaitu jenama Sherry Scarves yang menghasilkan pelbagai koleksi tudung eksklusif dan Abam Brand yang menfokuskan kepada pakaian lelaki gempal.

224B0711
Ali Ikhwan turut dikenali sebagai Sifu Ali kerana berjaya membangunkan portal ejen dropship online terbesar di Malaysia .

Pada masa sama, beliau juga memasarkan produk- roduk pakaian melalui portal ejen dropship online terbesar di Malaysia yang di bangunkan beliau dengan menggabungkan 13 jenama terkenal dan selebriti tempatan iaitu BusanaDropship.com yang kini mempunyai 18,000 ejen dropship yang memasarkan produk – produk yang di sediakan.

Dalam industri peruncitan, Ali membuka dua butik di dalam kompleks membeli-belah  iaitu Butik Wardia yang memasarkan produk pakaian dari pelbagai jenama termasuk jenama selebriti dan Butik LaLuna yang menfokuskan pada jualan aksesori fesyen seperti rantai, subang, gelang dan cincin.

Dia turut mempelbagaikan cabang bisnesnya apabila memiliki perniagaan kafe Rolls Ice Cream yang kini semakin popular kerana keunikan aiskrim yang dihasilkan di hadapan pelanggan  dengan mencampurkan buah-buahan segar mengikut rasa pilihan pelanggan.

Bagi yang ingin mengikuti perkembagan perniagaan Ali, mereka boleh melayari Facebook: Ali Ikhwan. – MalaysiaGazette

224B0895
Sifu Ali mengimport pelbagai fabrik dari China.