Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan

TURKI – Arab Saudi dilaporkan sedang bersedia untuk mengakui ejen-ejen perisiknya telah membunuh Jamal Khashoggi.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendedahkan, para penyiasat sedang mencari kesan bahan-bahan toksik di bangunan konsulat di Istanbul – tempat terakhir wartawan itu berada dua minggu lalu, lapor NTV televisyen.

Sebelum ini, sumber-sumber Turki percaya Khashoggi telah dibunuh di dalam bangunan berkenaan semasa wartawan itu datang untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya.

Keluarga Khashoggi mengesahkan mereka masih ‘sedih dan cemas’ menunggu berita rasmi mengenai apa yang berlaku kepada wartawan itu.

“Kami sedih dan cemas menunggu berita nasib ayah selepas kami gagal menghubunginya dua minggu lalu,” menurut kenyataan daripada keluarga Khashoggi itu.

Media Amerika Syarikat kerajaan Arab Saudi mungkin sedang menimbang untuk membuat kenyataan kematian Khashoggi ketika dia disoal siasat.

Setiausaha Negera Amerika Syarikat, Mike Pompeo berada di Arab Saudi untuk mengadakan perbincangan segera dengan Raja Salman bagi mencari jawapan mengenai kehilangan Khashoggi. – MalaysiaGazette