ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini disebabkan momentum jualan yang berterusan, sementara menjejaki prestasi lemah di Wall Street.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.48 mata pada 1,728.26 daripada 1,728.74 Isnin.

Ia dibuka 0.57 mata lebih rendah pada 1,728.17.

Bagaimanapun, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 145 berbanding 115 dengan 151 tidak berubah manakala 1,487 tidak didagangkan dan 27 digantung.

Sejumlah 113.23 juta saham bertukar tangan bernilai RM53.16 juta. – MalaysiaGazette