Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tentang wujudnya politik wang secara berleluasa dalam pemilihan parti itu yang sedang berlangsung sekarang ini akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik malam ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan seumpama itu  harus dibawa ke mesyuarat di peringkat parti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut.

“Saya akan bincang dalam mesyuarat biro politik malam ini.

“Kita akan tanya (Rafizi Ramli) maklumat terperinci dulu,” katanya kepada media sebelum meninggalkan Dewan Rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata, beliau tidak mengetahui mengenai dakwaan Rafizi, dan hanya tahu melalui media.

Bagaimanapun, Anwar dan Wan Azizah bersetuju bahawa dakwaan Rafizi itu harus disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR sebelum apa-apa tindakan boleh diambil terhadap dakwaan itu.

Rafizi malam tadi politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu yang merujuk pihak bertanggungjawab sebagai ‘sebelah sana’ mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini. -MalaysiaGazette

Politik wang semakin membimbangkan – Rafizi

JPP PKR akan siasat dakwaan Rafizi – Wan Azizah