SEOUL – Harga minyak naik hari ini ekoran isyarat penurunan eksport minyak Iran menjelang sekatan ke atas Tehran, selain tekanan geopolitik akibat kehilangan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Minyak Brent bagi penghantaran D‪isember naik sebanyak AS$0.09 kepada AS$80.87 setong.

Manakala West Texas Intermediate bagi penghantaran November juga meningkat sebanyak AS$0.05 kepada AS$71.83 setong, data Refinitiv Eikon.

Ia merupakan penurunan daripada sekurang-kurang 2.5 juta tong sehari pada bulan April sebelum Presiden Donald Trump menarik balik perjanjian multilateran dengan Iran pada Mei lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan