KUALA LUMPUR – Laluan Jabor dan Kijal di antara KM250 dan KM305.9 yang meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditutup sementara pada Sabtu ini.

Penutupan itu bermula dari jam 12 tengah malam hingga 2 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De’ Perasing [email protected]

De’ Perasing ride road closure 2018 – alternative route Kuantan-K Tganu (1)

 

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT 2 Sdn Bhd, Roszi Ibrahim berkata, penutupan laluan Jabor-Kijal tersebut juga membabitkan Persimpangan Bertingkat Cheneh dan Persimpangan Bertingkat Chukai di LPT2.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut.

Orang ramai dari arah Kuala Lumpur yang ingin ke Pantai Timur dinasihatkan supaya keluar dari Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor.

Sekiranya mereka ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan Kelantan menerusi Lebuh raya LPT2, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya masuk semula ke Lebuh raya LPT2 menerusi Plaza Tol Kijal.

Bagi kenderaan dari arah Kuala Terengganu yang menghala ke Kuala Lumpur, mereka perlu keluar di Plaza Tol Kijal di Lebuh raya LPT2 sebelum masuk semula ke Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan