Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hadir pada Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 OKTOBER 2018
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hadir pada Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Pengamal media digalakkan menghasilkan bahan berita bersifat mendidik dan tidak mengejar nilai berita sensasi atau melaga-lagakan pihak tertentu semata-mata mengejar jualan dan bacaan tertinggi.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihak media diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam setiap laporan yang disajikan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi tidak memalukan mana-mana pihak.

“Kita menggalakkan pihak media menyajikan berita bersifat mendidik dan bukan sensasi semta-mata.

“Kadang-kala banyak bahan kita yang bersifat mendidik tetapi mungkin tak boleh jual dan tidak cache.

“Kadang-kala kita menggadaikan etika dan menyebabkan seseorang itu mendapat malu walaupun perkara itu tidak diucapkan. Jadi kita kena ada etika,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di Auditorium Bahagian Teknologi Maklumat, Bukit Kiara Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, media juga perlu bertanggungjawab dalalm setiap laporan berita dan perlu berpegang kepada etika kewartawanan.

“Kita minta (media) bertanggungjawab, penuh beretika dan bersifat mendidik dan bukan hanya sekadar sensasi, melaga-lagakan orang ataupun mendapatkan pembaca yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan pelajar-pelajar sekolah menonton filem ‘One Two Jaga’ arahan Nam Ron yang juga bekas calon Pengarah Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 (2014).

“Banyak filem memberi khutbah tapi perlu kepada mesej. Filem kita perlu bersifat mendidik dan kandungannya mesti bersifat menarik seperti filem One Two Jaga.

“Saya tak rasa tonton filem Melayu tapi saya rasa menonton filem Hong Kong yang begitu kualiti tetapi memberi pendidikan secara terus untuk melawan rasuah,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan