GEORGE TOWN — Artis Rusia, Julia Volchkova,30, menyiapkan mural nenek berusia 87 tahun dan seorang kanak berusia dua tahun iaitu cicit kepada nenek berkenaan pada dinding sebuah flat di Batu Lanchang di sini.

Mural yang berukuran 6 meter lebar dan 10 meter tinggi itu dilukis pada flat empat tingkat yang terletak sebelah pasar basah Batu Lanchang.

Ini adalah mural ke sembilan yang dilukisnya di negeri ini selain empat di Balik Pulau manakala selebihnya di kawasan Bandar George Town.

Menurut Julia Volchkova, mural yang memaparkan nenek dan cicit itu dilakarkan untuk memberi mesej bahawa keluarga berkenaan berada dalam kesusahan setelah pencari nafkah tunggal keluarga berkenaan, William Oon Yeow Loon,35, lumpuh separuh badan sejak Oktober tahun lepas.

Beliau berharap mesej mural berkenaan dapat membantu keluarga itu.-BERNAMA

Tinggalkan Jawapan