Paul Allen, foto CNN

NEW YORK – Pengasas Microsoft, Paul Allen meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser.

Beliau berusia 65 tahun.

Firma pelaburannya, Vulcan dalam kenyataannya berkata, jutawan itu meninggal dunia di Seattle akibat komplikasi kanser limfoma bukan Hodgkin selepas dua minggu menerima rawatan.

Allen yang merupakan seorang pelabur, usahawan dan dermawan – individu yang banyak mempengaruhi kehidupan moden – dari teknologi, sains hingga sukan dan muzik, mengasaskan Microsof bersama Bill Gates pada tahun 1975, selepas bertemu di sebuah sekolah persendirian di Seattle.

Bagaimanapun, Allen meninggalkan syarikat itu pada tahun 1982 selepas didiagnos dengan penyakit tersebut. – MalaysiaGazette