DUBAI – Arab Saudi akan meneruskan Persidangan Pelaburan yang telah dirancang biarpun beberapa rakan dan jemputan utama menarik diri.

Mereka yang menarik diri itu sebagai bantahan ekoran kehilangan wartawan terkemuka Jamal Khashoggi.

Khashoggi kini dilaporkan telah dibunuh selepas memasuki bangunan konsulat itu pada 2 Oktober lalu.

“Dengan lebih daripada 150 pihak dari 140 organiasasi yang mengesahkan kehadiran membabitkan 17 rakan kerjasama, program ini akan menyaksikan bagaimana pelaburan boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan,” kata penganjur dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan