KUALA LUMPUR – Seorang penulis blog politik pro Pakatan Harapan (PH), Shabudin Husin mahu Tun Mahathir Mohamad membuang  Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dari kabinet.

“Agak malang bagi PH ada Menteri Pendidikan yang suka bercakap soal remeh-temeh dan picisan seperti kasut dan stokin sahaja.

“Sebelum keadaan bertambah buruk dan membebankan PH, harap Tun Mahathir buang sajalah beliau ini daripada jawatan menteri dengan segera,” katanya dalam status media sosialnya malam tadi.

Sebelum itu, Maszlee ada mengeluarkan kenyataan pihaknya belum menentukan warna stokin selepas membenarkan pelajar sekolah memakai kasut hitam sebelum ini.

Menurut Shabudin, agak malang bagi seorang menteri berpendidikan Phd tetapi bercakap soal yang remeh melibatkan kementeriannya.

Maszlee, sepatutnya bercakap mengenai dasar kementerian bagi memantapkan sistem pendidikan di negaŕa ini, katanya.

Dalam masa yang sama, Shabudin menyatakan perkara yang membawa imej buruk kepada PH itu tidak timbul sekiranya hasrat Mahathir mahu memegang jawatan Menteri Pendidikan selain Perdana Menteri dipersetujui pucuk pimpinan parti.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan