Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bercakap ketika sesi panel pada Program Malaysia A New Dawn anjuran Kementerian Kewangan Malaysia di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. foto IAFFAN FAUZI, 09 OKTOBER 2018
Nor Shamsiah Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Negara-negara Asia yang menghadapi peningkatan volatiliti pasaran memerlukan pilihan untuk menggunakan kawalan modal sebelum krisis
kewangan, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Dalam satu wawancara bersama Financial Times, beliau berkata, negara-negara di rantau ini perlu dibenarkan menggunakan regim dasar aliran modal sebagai alat
dasar sah yang boleh digunakan lebih awal untuk menangani potensi risiko kestabilan pasaran kewangan.

“Saya fikir terdapat banyak stigma dalam penggunaan aliran modal (pengurusan),” katanya dalam wawancara di luar mesyuarat tahunan Tabung Dana Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Bali.

Terdahulu, Nor Shamsiah berkata, Malaysia telah menggunakan beberapa langkah aliran modal pada tahun 2016, apabila Bank Pusat itu menangani dagangan ringgit dalam pasaran hadapan luar pesisir yang tidak dapat dihantar untuk membendung kejatuhan mata wang di tengah-tengah pasaran baru muncul.

Katanya, ia berlaku selepas Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang mengangkat Donald Trump sebagai sebagai pemimpin negara itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan