ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.01 mata pada 1,739.85 daripada 1,736.84 Selasa.

Indeks itu dibuka 4.69 mata lebih kukuh pada 1,741.53.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 288 berbanding 69 dengan 142 tidak berubah manakala 1,898 tidak didagangkan dan 27 digantung.

Sejumlah 241.63 juta saham bertukar tangan bernilai RM117.17 juta. – MalaysiaGazette