Pemandu teksi
Para pemandu teksi menyertao demonstrasi berhubung isu kereta Grab di hadapan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 17 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Penasihat syarikat pengendali teksi Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail memberi tempoh sehingga 24 jam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan kemelut pemandu teksi.

Shamsubahrin berkata, beliau ingin berjumpa dengan Menteri Kewangan itu susulan setiausaha politiknya, Tony Pua enggan menemui pemandu teksi berhubung hasrat kerajaan untuk menggantikan bas perantara dengan Grab.

“Kita bukan nak bergaduh, kita nak keadilan. Kalau 24 jam tak selesai masalah ini, selepas dua minggu seluruh Malaysia akan buat protes, kita akan buat bantahan pemandu teksi di setiap negeri.

“Kita beri tempoh 24 jam untuk menteri berjumpa dengan kami, kita nak selesai masalah ini, kita tak boleh cakap kepada Tony Pua, atau sesiapa, saya fikir kita boleh bercakap dengan Guan Eng

“Ini kerana isu ini dibangkitkan oleh setiausaha politik beliau, saya pun tak tahu macam mana dia lebih berkuasa daripada Guan Eng,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Minggu lalu, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan bekerjasama dengan syarikat e-hailing termasuk Grab sebagai alternatif kepada bas perantara bagi penumpang MRT.

Pua mempersoalkan keperluan menyediakan bas perantara ke stesen MRT memandangkan ramai pengusaha pengangkutan kini menawarkan perkhidmatan lebih murah.

MGF17102018_DEMOTRASI PEMANDU TEKSI03
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail (kanan) bercakap sesuatu dengan Setiausaha Bahagian Strategi Koprorat dan Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia, Suhaili Ahmad (kiri) semasa mengadakan demotrasi berhubung isu kereta Grab di hadapan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 17 OKTOBER 2018.

Shamsubahrin juga melahirkan rasa kesalnya apabila nasib pemandu teksi masih tidak terbela walaupun mereka menyokong Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Tembolok pemandu teksi takkan terhenti, kita nak duduk bincang dengan aman, kita bentangkan apa yang betul dan apa yang salah.

“Dulu PU14 kita bantu kerajaan dan kita harapkan perubahan, malahan tiada perubahan, malah lagi teruk.

“Lepas 24 jam kalau tak ada apa-apa, kita akan berkempen lagi (Bantah Grab). Lepas ini kita akan ke KLIA untuk berkempen di sana dan seluruh industri teksi KLIA akan sertai kita selepas ini,” katanya.

Datuk Shamsubahrin Ismail

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bercakap kepada media semasa mengetuai demonstrasi berhubung isu kereta Grab di hadapan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 17 OKTOBER 2018.Katanya lagi, usaha pemandu-pemandu teksi yang berkempen dan membantah Grab di KLIA hari ini untuk membuktikan kepentingan pengangkutan awam itu kepada negara.

“Kita nak pastikan penumpang-penumpang yang turun dari KLIA tiada teksi dan kita nak tengok betapa pentingnya teksi.

“Kita nak tunjuk kerajaan betapa pentingnya teksi dan kita akan pastikan setiap pemandu Grab tidak boleh masuk KLIA dan kita akan tengok apa jadi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette