Pihak MRT turut menyediakan perkhidmatan Bas Pengantara dibeberapa Stesen MRT terpilih dengan bayaran hanya RM1 bagi setiap perjalanan dalam lingkungan 15 kilometer dari Stesen MRT. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016
Pihak MRT turut menyediakan perkhidmatan Bas Pengantara dibeberapa Stesen MRT terpilih dengan bayaran hanya RM1 bagi setiap perjalanan dalam lingkungan 15 kilometer dari Stesen MRT. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak merancang untuk menghentikan perkhidmatan bas perantara sebagai pengangkutan awam ke stesen Mass Rapid Transit (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) buat masa ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, sebaliknya pihaknya bercadang untuk mengintegrasikan semua perkhidmatan bas perantara menerusi satu pas bulanan supaya rangkaian pengangkutan awam bas dan tren disepadu dalam sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

“Setakat ini sesiapa sahaja yang hendak protes (perkhidmatan Grab) dipersilakan kerana kita hormati kebebasan mereka asalkan dengan cara aman

“Itu sekadar cadangan sahaja (khidmat Grab ganti bas) daripada Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua, bagaimanapun kerajaan tidak menghentikan khidmat bas perantara buat masa ini ,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, pihaknya sedang meneruskan perbincangan bersama pengusaha teksi mengenai cara menambahbaik kelangsungan perkhidmatan itu.

“Saya sudah mengarahkan setiausaha politik saya supaya terus mengadakan siri perjumpaan dengan persatuan persatuan pengusaha teksi ini.

“Setakat ini urusan itu berjalan lancar dan ada pihak sedang membangunkan aplikasi khas untuk teksi lapangan terbang yang akan dilancarkan oleh saya sendiri tidak lama lagi,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette