Kerajaan sepatutnya menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan termasuk meneruskan projek hospital di Pasir Gudang daripada menyemak semula cadangan pembinaan jambatan bengkok.
Kerajaan sepatutnya menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan termasuk meneruskan projek hospital di Pasir Gudang daripada menyemak semula cadangan pembinaan jambatan bengkok.- Tunku Mahkota Johor

KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan termasuk meneruskan projek hospital di Pasir Gudang daripada menyemak semula cadangan pembinaan jambatan bengkok.

“Tingkatkan bajet penjagaan kesihatan untuk negeri. Semua hospital di JB termasuk di daerah-daerah memerlukan lebih banyak katil dan peralatan perubatan. Itu cuma pandangan saya,” kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitter.

Kerajaan bercadang untuk meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapia berkata, Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan itu jika kerajaan Johor hendak meneruskan projek berkenaan.

Jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Bagaimanapun, projek menelan kos RM5 bilion itu dibatalkan tahun 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan