Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

WASHINGTON – Berkemungkinan besar wartawan terkemuka, Jamal Khashoggi telah dibunuh kejam sebelum mayatnya di kerat-kerat dua minggu lepas di bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

CNN mendakwa, pihaknya yang telah dihubungi oleh pegawai ‘atasan’ Turki yang mengesahkan dakwaan itu kepada badan penyiaran itu.

Sebelum ini, akhbar New York Times melaporkan  dengan mengesahkan sekurang-kurangnya sembilan daripada 15 anggota pasukan khas itu bekerja dengan perkhidmatan keselamatan, tentera atau kementerian lain.

Laporan itu menyatakan ia mengumpul lebih banyak maklumat mengenai suspek menerusi perisian pengenalan wajah, pangkalan data nombor telefon Arab Saudi, dokumen kerajaan yang bocor, saksi dan media.

Sumber kerajaan Turki berkata, polis percaya beliau dibunuh pasukan khas 15 anggota yang dihantar ke Istanbul untuk tugasan itu.

Namun demikian, Riyadh menegaskan beliau sudah meninggalkan konsulat dengan selamat.

Wartawan kelahiran Arab Saudi yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat (AS) kini merupakan kolumnis Washington Post itu sejak dua tahun lepas.

Khashonggi juga merupakan pengkritik paling lantang Putera Mahkota Mohammed bin Salman, tidak dilihat sejak 2 Oktober lalu, apabila beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mengambil dokumen rasmi bagi melangsungkan perkahwinannya.

D Amerika Syarikat, Donald Trump telah memberi amaran akan menghukum Arab Saudi sekiranya negara itu didapati bertanggungjawab membunuh wartawan kanan itu.

Malah, Trump turut mendakwa ada ‘pembunuh jahat’ mungkin bertanggungjawab di atas kehilangan Khashoggi.

Ada juga ura-ura mengatakan Khashoggi mempunyai hubungan rapat dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, lapor New York Times semalam.

Tiga suspek lain dikaitkan dengan perkhidmatan keselamatan Putera Mohammed dan yang kelima ialah doktor forensik.

Pada Ahad, Menteri Luar United Kingdom, Perancis dan Jerman mendesak kehilangan Khashoggi disiasat.

Britain dan AS turut mempertimbangkan untuk memboikot sidang kemuncak antarabangsa yang dijadual pada hujung bulan ini. – Malaysia Gazette