Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen BN Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berharap  Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menghentikan projek kereta nasional ketiga selepas dilantik perdana menteri yang kelapan kelak.

Katanya, beliau menyokong sepenuh projek yang bakal dibangunkan hasil aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad, dan berharap ia dapat diteruskan oleh Anwar.

Beliau berkata, sehingga kini belum ada jaminan daripada Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan projek tersebut.

“Saya nak nyatakan saya menyokong penuh projek ketiga nasional yang dicadangkan Perdana Menteri, saya jarang sokong ini saya sokong.

“Tapi bakal perdana menteri dari Port Dickson diharap akan teruskanlah. Jangan apa yang perdana menteri sekarang, buat esok dia ubah pula, bukan ada jaminan itu,” katanya.

Terdahulu beliau mengajukan soalan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming sama ada kerajaan bercadang untuk meneruskan cadangan kereta nasional yang baru. – MalaysiaGazette