Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu depan.
Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu depan.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu depan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan kedua-dua mereka dijangka hadir berhubung bayaran semula Cukai Barang dan Perkhidmatan berjumlah RM19.4 bilion yang didakwa hilang.

Menurut PAC, Irwan akan memberi keterangan pada 23 Oktober dan Najib pada keesokan harinya.

Manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula hadir pada 30 Oktober.

Awal Ogos lalu, Guan Eng mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 billion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.

Katanya, rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan daripada jumlah tunggakan tersebut RM9.2 billion atau 47 peratus adalah pada tahun ini; RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017; RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (3 peratus) pada 2015.

Baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja. Ini menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion. – MalaysiaGazette