YouTube mengalami gangguan perkhidmatan di seluruh dunia pagi tadi.
YouTube mengalami gangguan perkhidmatan di seluruh dunia pagi tadi.

Hong Kong- YouTube yang mengalami gangguan teknikal di seluruh dunia pagi tadi boleh diakses semula.

Kes pertama dilaporkan pada sekitar 9.20 pagi tadi tetapi laman web tersebut kembali beroperasi seperti biasa kira-kira sejam selepas itu untuk sesetengah pengguna di Hong Kong.

Dalam posting di Twitternya, platform penyiaran video terbesar dunia itu memohon maaf kepada pengguna namun tidak menyatakan sebab mengapa kejadian tersebut boleh berlaku.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang mungkin dialami oleh pengguna.

“Kami akan memberikan maklumat terkini dari masa ke semasa,” katanya.

YouTube TV dan YouTube Music turut mengalami gangguan perkhidmatan.-Agensi

 

Tinggalkan Jawapan