Lynas Malaysia wajar diberi peluang untuk mempertahankan rekod pengawalseliaan serta persekitarannya secara terbuka sejak ia mula beroperasi pada 2012. - MABC

KUALA LUMPUR – Lynas Corp memberitahu, kebenaran semasa untuk menyimpan salah satu daripada tapak pengeluaran tapak nadir bumi akan berakhir menjelang akhir bulan ini.

Setiausaha syarikat, Andrew Arnold berkata, sejak lima tahun lalu kerajaan membenarkan penggunaan semula sisa aliran peneutralan (NUF), dan Lynas memohon serta menerima kebenaran penyimpanan sementara untuk digunakan semula.

“Pada masa ini, Lynas Malaysia tidak memohon Loji Bahan-Bahan Tambahan Lynas (LAMP) untuk dilesenkan sebagai premis yang ditetapkan untuk pelupusan bahan.

“Sebaliknya, ia melabur dalam penyelidikan untuk mengenal pasti pilihan yang sesuai untuk digunakan semula.

“Permohonan semasa Lynas untuk menyimpan NUF di atas tapak bagi tempoh berakhir 31 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Lynas juga menjangkakan ia boleh terus menyimpan NUF di LAMP, tertakluk kelulusan lokasi yang ditetapkan untuk pelupusan bahan berdasarkan beberapa faktor, termasuk fakta bahawa NUF tidak toksik dan bukan radioaktif.

“Lynas sudah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tetapi jika Lynas tidak menerima lanjutan untuk penyimpanan sementara pada 31 Oktober 2018, maka jumlah NUF yang disimpan sementara di LAMP akan melebihi had yang ditetapkan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Jadual Sisa) 2005 , “katanya.

Bagaimanapun, Arnold berkata, ia tidak akan menjadi pelanggaran lesen operasi.

Beliau berkata, Lynas akan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk memberi maklum balas sebelum 31 Oktober atau sekurang-kurangnya mengesahkan bahawa tiada tindakan akan diambil sementara permohonan Lynas dipertimbangkan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan