Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Klang, direman selama lima hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada seorang pemilik kilang plastik, semalam.
SSeorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Klang, direman selama lima hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada seorang pemilik kilang plastik, semalam.

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Klang, direman selama lima hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada seorang pemilik kilang plastik, semalam.

Lelaki berusia 58 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Majistret Shah Alam, P. Sarulatha mengeluarkan perintah tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pegawai bomba itu didakwa meminta dan menerima suapan tersebut sebagai dorongan untuk meluluskan pemeriksaan keselamatan yang dilakukan di kilang milik pengadu.

Lelaki itu ditahan di Kapar, Klang kira-kira pukul 7.35 petang semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan