KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan didakwa masih gagal mewajibkan pemandu bagi perkhidmatan e-hailing khususnya Grab berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berkuatkuasa 11 Julai lalu.

Penasihat syarikat pengendali teksi di Suria KLCC, Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kegagalan itu didakwa berpunca daripada pihak penguatkuasaan yang lemah di agensi kerajaan terlibat.