Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta SPRM 2009 akan dikaji semula secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Katanya, Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan terhadap agensi kerajaan.

Bagi mempertingkat integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan ditubuhkan. – MalaysiaGazette