Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meminta Turki mengemukakan rakaman audio kematian wartawan, Jamal Khashoggi yang dikatakan sebagai bukti beliau telah didera sebelum dibunuh dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Para pegawai Turki berkata, rakaman audio itu telah diserahkan kepada AS
dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, semalam Presiden AS, Donald Trump memberitahu wartawan: “Kami telah memintanya, jika ia wujud,” sambil menambah: “Ia mungkin
(wujud)’, lapor The Guardian.

Sebelum ini Trump memberi bayangan beliau percaya penafian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulziz Al-Saud dan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman bertanggungjawab dan memberi amaran supaya tidak terburu-buru membuat penilaian.

“Saya tidak melindungi. Seperti diperkatakan Arab Saudi merupakan sekutu kami yang sangat penting di Timur Tengah. Kami sedang menghalang Iran,” katanya kepada wartawan.

Bagaimanapun tindakan Trump untuk mempertahankan Arab Saudi dilihat
semakin sukar memandangkan kerajaan Turki telah membocorkan maklumat
manakala laporan media mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai nasib Khashoggi selain pendedahan pembabitan Arab Saudi yang membabitkan Putera Mahkota.

Bukti itu, jika disahkan, akan melemahkan sebarang cubaan Arab Saudi
untuk mendakwa kematian Khashoggi kerana kesilapan yang dilakukan
ketika menjalankan soal siasat, yang mena terdapat elemen kekasaran dalam perkhidmatan perisikan dan keselamatan negara itu.

Menurut laporan akhbar harian pro kerajaan, Yeni Safak, rakanman audio itu membuktikan Khashoggi diculik sebaik sahaja beliau memasuki pejabat Konsul Aran Saudi, Mohammad al-Qtaibi pada 2 oktober lalu.

Tinggalkan Jawapan