FGV

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad melantik Aznur Kama Azmir sebagai Ketua Bahagian Kewangannya, juga memangku jawatan Ketua Pegawai Kewangan.

Beliau menggantikan Ahmad Tifli Mohd Talha yang melepaskan jawatan baru-baru ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, perniagaan syarikat itu berjalan seperti biasa.

“Jawatankuasa Lembaga Khas 2 akan meneruskan fungsi-fungsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV,” katanya. – MalaysiaGazette