Gambar hiasan
Gambar hiasan

TOKYO- Eksport Jepun jatuh buat kali pertama sejak 2016 berikutan penyusutan penghantaran ke Amerika Syarikat dan China, sekaligus dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi suku ketiga di samping menambah kebimbangan terhadap kesan negatif perang perdagangan China-AS.

Pembuat-pembuat dasar Jepun kekal bimbang terhadap kesan keseluruhan terhadap ekonomi akibat perang perdagangan tersebut.

Bencana alam yang kerap melanda Jepun juga menambah kebimbangan tersebut kerana ia menganggu operasi kilang, pengeluaran dan pengedaran.

“Ekonomi mungkin berkembang perlahan pada suku ketiga dipacu oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan modal.

“Permintaan luaran dilihat tidak memberi sebarang sumbangan,” kata Ketua Pakar Ekonomi Institut Penyelidikan Norinchukin, Takeshi Minami.

Minami berkata, penurunan penghantaran ke AS dan China yang kedua-duanya adalah destinasi eksport utama Jepun sangat membimbangkan kerana masing-masing mewakili 20 peratus eksport negara tersebut.

Data Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan eksport Jepun jatuh 1.2 peratus pada September berbanding tahun lepas.-Agensi