Penguatkuasa dari Kementerian Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna mengadakan pemeriksaan di Pasar Sungai Besi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memantau pergerakan harga dengan lebih teliti serta menerima pakai dasar monetari yang bersesuaian dan memperkukuhkan langkah pentadbiran bagi mengekang inflasi.

Dalam hal ini, kadar inflasi dijangka kekal rendah, dengan purata antara 2% hingga 3% setahun, walaupun harga minyak dan komoditi dijangka meningkat secara sederhana, menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11.

Langkah juga akan diambil bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup untuk mengukuhkan kuasa beli rakyat, menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11.

Antara langkah tersebut termasuk menggalakkan konsumerisme yang lebih baik, meningkatkan penguatkuasaan peraturan kawalan harga dan menyediakan lebih banyak tempat yang menawarkan barangan dan perkhidmatan pada harga yang mampu dibayar dan berdaya saing kepada rakyat. – MalaysiaGazette