Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Liew Vui Keong bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Liew Vui Keong bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad harus memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof terlebih dahlu sebelum apa-apa larangan dibuat di bangunan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-​undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, pihak yang menjaga Dewan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai larangan merokok yang berkuat kuasa Isnin lalu.

“Saya rasa pihak Speaker yang jaga Parlimen ini yang buat keputusan sama ada boleh atau tidak melarang semua individu merokok.

“Saya difahamkan pihak Speaker tidak dimaklumkan mengenai peletakan notis itu dan juga pelaksanaan larangan merokok di kawasan Parlimen,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen.

Isu larangan merokok di Parlimen hangat diperkatakan apabila seorang Ahli Parlimen antara lapan individu yang diberikan notis kesalahan merokok oleh pegawai kesihatan.

Malah katanya, beliau yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Parlimen juga tidak dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya sebagai menteri yang jaga hal ehwal Parlimen, tidak dimaklumkan jadi saya rasa baik Mentri Kesihatan untuk membuat satu kunjungan hormat kepada Speaker untuk memaklumkan hasrat beliau.

“Saya tidak maklum tentang kunjungan hormat itu, tapi saya diberitahu bahawa Menteri Kesihatan akan mengadakan kunjungan hormat hari ini,” katanya lagi.

Semalam, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata tindakan Kementerian Kesihatan menjadikan bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap kelompok ahli Parlimen yang merokok.

Beliau berkata Dr. Dzulkefy sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua wakil rakyat sebelum membuat keputusan berkenaan.

Mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM500 dan jika gagal dijelaskan boleh dikenakan denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya.

Kesalahan ini tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. – MalaysiaGazette

Ahli Parlimen antara lapan individu diberi notis kesalahan merokok

Kerajaan, menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen