Messi
Lionel Messi

LONDON – Lagenda bola sepak Diego Maradona berpendapat Lionel Messi tidak layak menjadi kapten Barcelona.

Namun pengarah pasukan itu pantas mempertahankan kemampuan bintang sensasinya dan tidak bersetuju dengan kenyataan.

Menurut Eric Abidal, Messi yang sering beremosi tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan prestasi pasukan mereka.

“Dia adalah contoh terbaik sebagai kapten. Dia bukan sahaja hebat dari segi bakat untuk bermain bola tetapi sebagai pemain.

“Betul dia seorang pemdiam namun dia menunjukkan aksi luar biasa di atas padang dan menjad pemain penting untuk kelab.

“Malah Messi juga memainkan peranan penting untuk pembangunan pemain muda kami,” kata Abidal memetik laporan Goal.com

Maradona baru-baru ini secara terbuka membidas sikap pemarah menyebabkan Messi kurang berkelayakan untuk menjadi kapten pasukan. – MalaysiaGazette