Penduduk menunjukkan keadaan siling yang usang dan rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018
Penduduk menunjukkan keadaan siling yang usang dan rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Penduduk Apartmen Desa Tasik Fasa 1A di Sungai Besi sudah lama terseksa.

Bukan setahun dua tetapi mereka mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menyenggara kediaman mereka tetapi kini sudah hampir 25 tahun apartmen di ibu kota itu terbiar.

Sejak beberapa tahun lalu, sudah jenuh wakil penduduk membuat aduan demi aduan. Tidak cukup turun naik pejabat DBKL, hantar surat kepada wakil rakyat namun permintaan mereka tetap dipandang sepi.

Paling menyedihkan segala kemudahan dan keadaan fizikal di perumahan bertingkat itu teruk dan bila-bila masa sahaja ia boleh rosak dan memudaratkan penduduk.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_05
Penduduk, Tan Ban Seng menunjukkan keadaan paip yang rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

Seorang wakil penduduk, Tan Ban Seng mendakwa DBKL memberi alasan penyenggaraan kemudahan tidak dilakukan kerana mendakwa penduduk tidak membawar yuran kepada pihaknya sejak 10 tahun lalu.

“Dulu yuran penyelenggaraan dikumpulkan setiap bulan kepada DBKL tetapi tiada apa yang berubah jadi penduduk berhenti bayar dan kini sudah 25 tahun masih tidak ada perubahan.

“Jika hutang tertunggak menjadi alasan DBKL ada kuasa mengambil tindakan kepada pemilik tetapi jangan menjadikan ia alasan tidak melakukan penyenggaraan sehingga menyusahkan penduduk,” ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini semalam.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_06
Penduduk, Tan Ban Seng menunjukkan keadaan pagar yang rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

Menurut Ban Seng, kebanyakan saluran paip di kawasan perumahan 14 tingkat itu sudah bocor dan air melimpah, lif rosak, siling hampir roboh, lampu rosak tidak diganti dan keadaan tangga yang kotor.

“Itu satu masalah. Masalah longkang yang kotor menyebabkan tikus dan nyamuk membiak dan pagar yang roboh tidak diganti dan kawasan luar apartmen gelap kerana lampu jalan tidak berfungsi,” ujarnya lagi.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_13
Penduduk, Tan Ban Seng (dua kanan) dan Nathan menunjukkan keadaan sekeliling yang kotor semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

Keadaan itu juga dakwanya menyebabkan banyak berlaku kecurian dan maksiat di kawasan berkenaan pada waktu malam.

“Kediaman ini tidak mempunyai tempat letak kereta kerana orang luar menggunakan tempat letak kereta kami. Kerana air bocor pula bil meningkat. Paip di seluruh apartmen juga berkarat,” ujarnya.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_04
Penduduk, Tan Ban Seng menunjukkan keadaan longkang yang rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

Walaupun majoriti penduduk menggunakan wang mereka sendiri membaiki kemudahan yang ada termasuk kamera CCTV namun DBKL, katanya tidak sepatutnya lepas tangan.

Jadi beliau berharap keluhan penduduk mendapat perhatian Datuk Bandar Kuala Lumpur serta menteri baharu kerajaan Pakatan Harapan selain wakil rakyat di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette