Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

D

KUALA LUMPUR – Pas sangsi dengan keupayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan rancangan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan apakah kedudukan kewangan negara sekarang membolehkan kerajaan melaksanakan semua yang dirancang mengambil kira RMK-11 berbaki dua tahun lagi.

“Saya fikir kita perlu teliti dengan serius sejauh mana kemampuan mereka melaksanakannya.

“Isu besar adalah kedudukan kewangan walaupun pembentangan nampak hebat, sedangkan realitinya kewangan nampaknya terhad,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini selepas sesi pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11 oleh Perdana Menteri.

Tambah beliau, untuk merealisasikan rancangan yang dibentangkan kerajaan memerlukan perancangan rapi dan mengambil kira kedudukan kewangan negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tunggu tengok dulu bagaimana mahadir akan lakukan . rakyat mungkin lebih faham daripada menteri pembangkang. sebab rakyat dah biasa hidup susah kalau hutang keliling pinggang keperluan harian dikecilkan . tangguh yang bolih tangguh buat yang amat perlu sahaja .

Comments are closed.