Suami isteri warga emas yang mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi di Stesen Pusat Bandar Damansara dan Stesen Sungai Buloh, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 DISEMBER 2016.

KUALA LUMPUR – Pada masa ini, sekitar 10% daripada populasi rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas dan angka tersebut dijangka mencecah 15% menjelang 2030.

Peningkatan bilangan warga emas akan menambah tekanan terhadap kerajaan dalam menyediakan pelbagai bantuan termasuk penjagaan kesihatan untuk golongan ini.

Selain itu, kekurangan personel dan penjaga terlatih bagi penjagaan warga emas adalah pada tahap serius dengan hanya kumpulan orang kurang upaya tertentu jika ia diperlukan.

Seramai 30 pakar geriatrik bertauliah yang memberi perkhidmatan kepada warga emas.

Di samping itu, kekurangan sokongan dan sikap tidak mengambil berat dalam memenuhi keperluan OKU terutama oleh sektor swasta juga telah memberi kesan terhadap penyertaan OKU yang produktif dalam aktiviti sosioekonomi.

Tambahan pula, kekurangan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan reka bentuk sejagat bagi bangunan dan kemudahan awam telah menjejaskan usaha untuk menyediakan persekitaran fizikal yang mesra pengguna kepada warga emas dan OKU. – MalaysiaGazette