TERKINI : Zahid Hamidi Ceria ketika Serah Diri di SPRM

Selepas lima kali dipanggil memberi keterangan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas menerima notis serah diri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir tepat pukul 3 petang memakai baju batik dengan menaiki kenderaan SUV Lexus berwarna putih.

Sebaik keluar dari kenderaan, Ahmad tersenyum ceria sambil sambil melambai tangan kepada pengamal media yang menunggu sejak pukul 2 petang.

Turut kelihatan di luar Ibu Pejabat SPRM puluhan ahli parti yang hadir memberi sokongan kepada beliau.