Tunku Ismail Sultan Ibrahim Regent of Johor HSI Sultan ismail hospital pregnant woman give birth alone Crown Prince of Johor Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menderma sumbangan peribadi kepada tiga buah hospital di negeri ini ketika melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, Tunku Ismail menyerahkan sendiri sumbangan itu kepada wakil-wakil hospital iaitu kepada Timbalan Pengarah Perubatan HSA Dr Khadijah Abu Bakar; Pengarah Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai Dr S. Sharath Chandran; dan Pengarah Hospital Kota Tinggi Dr Khursiah Daud.

Semasa berada di hospital itu, baginda turut melawat Jabatan Fisioterapi, Klinik Kardiologi, Jabatan Fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan bahagian farmasi Klinik Pakar.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Selahuddeen Abdul Aziz.

Menurut Dr Selahuddeen, kunjungan Tunku Mahkota Johor ke HSA adalah untuk melihat sendiri keadaan fasiliti dan layanan terhadap pesakit di hospital itu.

“Sebenarnya baginda sangat prihatin terhadap perkhidmatan kesihatan yang diberikan di negeri Johor,” kata beliau kepada pemberita selepas lawatan baginda.

— BERNAMA