KUALA LUMPUR – Sebuah tren komuter dan tren kargo berlanggar di stesen Tanjung Malim jam 6.02 pagi ini.

KTM Berhad menerusi laman Facebook berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden itu yang berlaku di platform 2 itu.

Rentetan perlanggaran itu, perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi Sektor Utara akan mengalami kelewatan perjalanan di antara 10 hingga 15 minit.

“Manakala perkhidmatan tren KTM Komuter mengalami gangguan perjalanan bagi laluan Tanjung Malim-Kepong dengan jangkaan kelewatan di antara 20 hingga 30 minit,” katanya.

Dalam pada itu bagi laluan KL Sentral-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Pulau Sebang, perkhidmaan KTM Komuter tidak terjejas ekoran kejadian itu dan beroperasi seperti biasa.

Kelewatan perkhidmatan tren ini berlaku kerana penggunaan satu landasan sahaja di antara Tanjung Malim dan Kuala Kubu Baru.

“KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan,” kata KTM.

Orang ramai atau pengguna KTM Komuter bolej mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan