Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai ketika hadir ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto FAREEZ FADZIL, 19 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 45 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah akan dibicarakan pada 14 Disember ini.

Ahmad Zahid yang juga menghadapi pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM80 juta mengaku tidak bersalah

Lapan pertuduhan adalah berkaitan salah guna kuasa,10 pendakwaan pecah amanah manakala 27 lagi membabitkan penggubahan wang haram.

Kesemua pertuduhan itu dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 .

Hakim bagaimanapun membenarkan jaminan sebanyak RM2 juta  yang boleh dibayar secara berperingkat-peringkat.

Bayaran sebanyak RM1 juta perlu dilunaskan hari ini manakala baki RM1 juta lagi pada 26 Oktober ini.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan.

Turut menyertai pasukan pendakwaan adalah Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dan Mohamad Mustafa P. Kunyalam.

Sementara itu, pasukan pembelaan Ahli Parlimen Bagan Datuk pula diketuai oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik dan disertai oleh barisan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan