KUALA LUMPUR – Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman terkemuka Allahyarham Tan Sri P Ramlee diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

Perkara itu diumum oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Pada petang ini saya mengisytiharkan sejumlah butiran warisan sebagai Warisan Kebangsaan dan apa yang istimewa ialah hasil karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee turut tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan khususnya lagu-lagu ciptaan beliau,” katanya.

Antara lagu tersenarai sebagai warisan ialah ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa.

Butiran lain yang diisytiharkan kali ini adalah 24 tapak warisan, 225 objek warisan serta enam tokoh orang hidup.

Beliau perwartaan warisan ini memberikan kesa positif kepada semua lapisan masyarakat.

“Ia turut menjana ekonomi kepada negara melalui produk pelancongan warisan,” tambahnya. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan