Salah seorang mangsa dipercayai warga asing yang cedera berikutan tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang petang tadi.

GEORGE TOWN – Dua yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus merupakan warga Indonesia dan Bangladesh.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kedua-duanya dikenali Samsul, 19, dan Attrul, 35.

Dalam kejadian itu dipercayai tiga maut, seorang cedera manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi dipercayai masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, dekat sini hari ini.

Dp3TSR-U4AANL9N

Setakat 5.30 petang ini, tiga mayat ditemui manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Kesemua mereka terperangkap apabila tanah di kawasan pembinaan lebuh raya berkembar itu runtuh kira-kira 1 tengah hari ini, menimpa empat kontena di tapak projek tersebut.

Difahamkan kontena terletak di kaki bukit itu adalah untuk penginapan pekerja.- BERNAMA

Tanah runtuh P. Pinang: Tiga dikhuatiri maut, 12 lagi hilang