Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – Donald Trump memberitahu, wartawan terkemuka, Jamal Khashoggi yang hilang sejak dua minggu lalu ‘kelihatan’ sudah mati.

Berikutan itu, beliau memberi amaran tentang hukuman teruk berikutan pembunuhan yang dilakukan terhadap Khashoggi.

Trump berkata, pentadbirannya “menunggu hasil daripada tiga siasatan yang berlainan” kerana ia akan memutuskan bagaimana untuk bertindak balas.

Khashoggi dipercayai diserang hendap di dalam konsulat Saudi di Istanbul, kemudian disiksa dan dibunuh.

“Saya akui, ia teruk, perkara buruk.Tetapi kita akan lihat apa yang berlaku,” katanya.

Kenyataan terkini itu menunjukkan pentadbiran Amerika Syarikat belum meningkatkan tekanan selepas lebih dua minggi kehilangan Khashsoggi.

Khashoggi terkenal kerana kerap mengkritik pemerintahan Arab Saudi. Beliau hilang selepas memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul 2 Oktober lalu.

Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah bertemu dengan Mike Pompeo pada Selasa lalu.

Pemimpin Arab Saudi telah meyatakan betapa pentingnya untuk menyediakan laporan yang cepat tetapi menyeluruh tentang kehilangan Khashoggi dan memerlukan beberapa hari lagi bagi melengkapkan siasatan.

Pentadbiran Trump telah memberikan dua hari kepada Arab Saudis untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada Khashoggi.

Malah, Arab Saudi akan bertanggungjawab tentang akibat yang akan dihadapi, kata seorang pegawai Amerika Syarikat yang enggan dikenali. – MalaysiaGazette