Lakaran artis bangunan Felda di Jalan Semarak

KUALA LUMPUR – Felcra Berhad (Felcra) akan menjual Menara FELCRA di Jalan Semarak di sini yang sedang dalam pembinaan dalam usaha menstrukurkan semula kewangan syarikat.

Pengerusinya, Datuk Nageeb Wahab, memberitahu, rundingan sedang diadakan antara entiti milik penuh kerajaan itu dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara yang berminat dengan projek yang sudah 50 peratus siap.

Jelas beliau, Menara Felcra perlu membelanjakan kira-kira RM400 juta lagi sekiranya berhasrat meneruskan projek yang telah bertukar pemaju dan dijangka siap akhir tahun depan.

“Pada mulanya Felcra tidak mengeluarkan untuk projek menara ini keraha pemaju menanggung kos perbelanjaan berdasarkan kita memberikan mereka bangunan pejabat.

“Kerana pemaju telah bertukar menyebabkan Felcara telah membelanjakan RM200 juta setakat ini dan keputusan menjual projek ini terpaksa dilakukan bagi memastikan kewangan berada dalam baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Felcra di sini hari ini.

Projek Menara Felcra dibina di kawasan seluas 1.8 hektar bernilai RM150 juta membabitkan projek pembangunan campuran termasuk sebuah menara 35 tingkat pejabat, sebuah menara kediaman 43 tingkat, dan pusat membeli-belah.

Mengikut perjanjian awal, FELCRA tidak perlu membayar untuk projek pembangunan berkenaan kerana semua kos akan ditanggung pemaju.

Pemaju akan menjana semula pelaburannya dengan menyewakan seluruh ruang pejabat dan daripada jualan unit-unit kediaman yang dibina di atas tanah milik FELCRA itu.

Ditanya mengenai anggaran nilai jualan projek berkenaan, Nageeb berkata, selagi ia dapat dijual melebihi nilai tanah Felcra sebanyak RM150 juta, harga jualannya sudah mencukupi namun tawaran harga yang lebih tinggi tetap menjadi keutamaan.

“Sudah pasti Felcra mahu kekal pada perancangan asal meneruskan projek menara ini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan lebih RM1 billion.

“Namun apa lebih penting sekarang untuk memastikan aliran kewangan yang stabil kerana kerajaan tidak lagi membiayai kita hari ini.

“Kita perlu menguruskan semuanya sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan termasuk menutup, menjual atau menggabungkan mana-mana anak syarikat yang tidak memberi keuntungan, ” katanya.

Nageeb berkata dalam usaha memulihkan struktur Felcra pihaknya akan menceburi penanaman lain seperti buluh dan padi akibat kejatuhan semasa harga getah dan kelapa sawit,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan