Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah kembali beroperasi seperti biasa hari ini, menurut satu kenyataan media.

Semalam, satu insiden perlanggaran tren KTM Kargo no. 152 dengan tren KTM Komuter no. 2113 di Platform 2, Stesen Tanjung Malim menyebabkan sedikit gangguan pada jadual perkhidmatan yang melalui stesen itu.

Menurut pihak KTM Berhad, kerja-kerja pengalihan gerabak dan baik pulih landasan telah berjaya diselesaikan pada 6.27 pagi ini.

KTM Berhad juga memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi penumpang dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan