KUALA LUMPUR – Dagangan saham My EG Services Berhad telah digantung petang tadi sementara syarikat itu mengeluarkan pengumuman.

Dalam notis kepada bursa, My EG berkata, ia akan membuat pengumuman untuk menjelaskan artikel berita yang muncul di theedgemarkets.com bertajuk “Datasonic, MyEG terlibat dalam pertuduhan terhadap Zahid”.

Harga saham EG telah mencecah paras paling bawah berikutan kejatuhan mendadak pada sesi lewat pagi tadi.

Perkembangan itu dikaitkan dengan pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.

Pada jam 12.30 tengah hari, saham itu didagangkan 37 sen atau susut sebanyak 25 peratus kepada RM1.13 sesaham. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan