Luke Shaw. Foto Daily Express

LONDON – Jodoh Luke Shaw masih panjang bersama Manchester United apabila dia disambung kontrak lagi selama lima tahun.

Bagaimanapun, BBC Sport melaporkan, nilai kontrak baharu bek kiri itu tidak didedahkan.

Bekas pemain pertahanan Southampton yang tiba di Old Trafford pada tahun 2014 sering menjadi kritikan pengurusnya, Jose Mourinho.

Namun aksi yang menyakinkan pada awal kempen musim ini membolehkan pemain berusia 23 tahun itu ditawarkan kontrak baharu.

Shaw telah bermain dalam tempoh penuh 90 minit walaupun hanya beraksi dalam lapan perlawanan musim ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan