TERKINI : “Mahkamah Tempat Terbaik Saya Jelaskan Pertuduhan” – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi selesai membayar ikat jamin berjumlah RM1 juta dan meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Beliau kemudian menuju bertemu kira-kira 200 penyokong diluar pagar kompleks mahkamah.

Beliau dikawal ketat pihak polis kemudian menuju ke masjid berdekatan bersama penyokong menunaikan solat jumaat.

Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menghadapi 45 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.