Lucy Wieland, bergambar kononnya menghidap kanser untuk mendapatkan sumbangan orang ramai.

SYDNEY – Seorang wanita di Australia telah didakwa kerana memperoleh sumbangan sebanyak A$ 55,000 (AS$39,000) selepas mendakwa dia menghidap kanser.

Lucy Wieland, 27, menggunakan media sosial untuk melakukan penipuan melalui gambar-gambar beliau sedang rawatan kanser ovari.

Mahkamah di Townsville, Queensland diberitahu, Wieland menubuhkan akaun GoFundMe untuk merayu bantuan kewangan.

Bagaimanapun, penipuan wanita itu berakhir selepas polis menerima aduan awam.

Detektif polis Queensland menyifatkan kes ini menyakitkan hati. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan