Jamal Khashoggi. foto Agensi

ISTANBUL- Arab Saudi mengakui Jamal Khashoggi dibunuh di kawasan konsulatnya di Turki.

Agensi berita Turki berkata, siasatan awal mendapati wartawan berkenaan mati selepas berlaku pergaduhan di dalam premis berkenaan.

“Perkelahian berlaku antara mangsa (Khashoggi) dan mereka yang dijumpainya di konsulat di Istanbul di mana menjadi punca kematiannya,” lapor agensi yang sama.

Siasatan kes itu masih berjalan dan seramai 18 warga Arab Saudi ditahan untuk disoal siasat.

Khashoggi, kolumnis untuk The Washington Post sebelum ini mengkritik Putera Mohammed Salman sebelum didakwa hilang pada 2 Oktober selepas memasuki konsulat di Istanbul bagi mendapatkan dokumen berkaitan perkahwinannya.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan