KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John.

“Ya, kami mendengar berita itu. (Kami) masih mendapatkan butiran daripada anggota keluarga  (mendiang),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang genap berusia 83 tahun pada 1 Oktober lepas meninggalkan isteri Datin Pavalam dan dua anak perempuan.

Berasal dari Siliau, Negeri Sembilan, bekas guru yang berkhidmat sebagai setiausaha agung AFC dari 1978 hingga 2007, memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak untuk Korea Selatan dan Jepun bagi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002, edisi pertama dan satu-satunya di Asia.- BERNAMA

Tinggalkan Jawapan